Friday, June 11, 2010

PERTANDINGAN SUGANDOI PERTISA 2010

Pertandingan Sugandoi Pertisa 2010 akan diadakan pada 26hb Jun 2010 bertempat di Pentas Terbuka Bangunan Utama Muzium Sabah sempena dengan perayaan Tadau Kaamatan Pertisa 2010.

Sesiapa yang berminat perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
2. Peserta diwajibkan membawa Kad Pengenalan asal pada hari pendaftaran.
3. Yuran penyertaan RM15.00
4. Mantan Johan Sugandoi Pertisa tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

Lagu Wajib: Semua lagu Kadazan Dusun Murut yang berunsur bersih.

Peringkat separuh akhir akan diadakan pada 19hb Jun 2010 selepas pendaftaran pada pukul 10.00 am. Peserta hanya akan menyanyikan sebuah lagu sahaja iaitu lagu wajib.

Hanya 10 peserta akan dipilih untuk memasuki peringkat akhir yang akan diadakan pada 26hb Jun 2010.

Tarikh Tutup penyertaan (penghantaran borang) ialah pada 18hb Jun 2010, jam 6p.m.
(Sila bawa CD Minus One/Karaoke anda semasa menghantar borang)

Jadual Pendaftaran dan Pertandingan

19hb Jun 2010 – Pendaftaran: 10.00 am.
Pertandingan Separuh Akhir: 2.00pm
Tempat: Pentas Dewan Budaya, Kg. Warisan Sabah.

26hb Jun 2010 – Pertandingan Akhir Sugandoi: 2.00pm
Tempat: Pentas Terbuka, Bangunan Utama, Muzium Sabah.


Keterangan yang lebih terperinci boleh didapati di laman web rasmi PERTISA http://www.pertisa.com/ borang penyertaan juga boleh dimuat turun di laman web tersebut.