Wednesday, April 14, 2010

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU KDM UPKO 2010


Mungkin ramai yang sudah tahu keputusannya tetapi sekadar mahu update seperti yang diminta ini adalah keputusannya.

1. Ernester Edward
2. Martha Ginun
3. Bobby Patrick

DFM Bilang: Sia hanya dapat saguhati saja, tapi saguhatinya bukan juga sikit RM500.00 baitu! tapi kalau dapat top 3 lagi lumayanlah! hahaha! apa boleh buat, tiada rezeki mau menang! tapi setelah sia dpt beberapa informasi dari sumber2 yang boleh dipercayai, ramai komposer terkenal yang telah menghantar lagu ciptaan mereka untuk menyertai pertandingan ini tetapi gagal terpilih ke peringkat final! Terkejut jugalah sia, bila mendengar nama2 besar tidak tersenarai dalam top 12 finalis! Nama-nama komposer yang dikatakan adalah seperti Asmin Mudin dan beberapa artis/komposer tempatan seperti Jestie Alexius dan Caroline Yusof (this are the only info that i got). Walau pun ada komposer yang sudah bertaraf kebangsaan tetapi kalau tiada rezeki untuk terpilih ke final, memang tida dapat la kan. Mencipta lagu ni adalah sesuatu yang subjective, lain orang lain pandangan. Ada orang suka lagu kita dan ada juga yang tidak suka dengan lagu ciptaan kita. Semua ini pun bergantung pada nasib.

Bagi diri sendiri, secara peribadi, sia rasa sungguh bersyukur sekali kerana percubaan pertama sia mengikuti pertandingan mencipta lagu telah pun membuahkan hasil. Lagu ciptaan sia yang berjudul "INA" berjaya memenangi juri untuk memilih lagu sia masuk ke peringkat akhir. Walau pun hanya berjaya mendapat saguhati, tetapi setelah mengetahui yang lagu sia terpilih daripada 111 penyertaan, sia sungguh terharu sekali. Terbukti sudah bahawa lagu-lagu ciptaan sia ini boleh diterima oleh juri professional. Ini sedikit sebanyak telah menaikkan semangat sia untuk terus mencipta lagu-lagu baru yang berkualiti dan selepas ini pasti akan lebih banyak pertandingan mencipta lagu yang akan sia sertai. Kalah menang adalah perkara kedua yang penting sia dapat memberikan sumbangan kepada seni penciptaan lagu di Sabah ini dan terus berkarya dalam bidang seni dan nyanyian.

Cuma satu saja yang sia dan peserta-peserta lain kurang berpuas hati, pada hari pertandingan, kami dapat melihat penganjuran pihak yang terbabit agak kurang professional. Kami semua 12 orang finalis tidak dapat membuat sound check dan rehearsal pada hari tersebut kerana kelewatan penyediaan sound system. Kualiti sound system yang disediakan juga sangat mendukacitakan, bunyi mic yang kering dan pecah, membuatkan kami semua peserta kurang selesa untuk menyampaikan lagu dan sedikit sebanyak telah mengganggu persembahan kami. Sound system yang disediakan itu, tidak setaraf dengan penganjuran yang bertaraf peringkat negeri itu. Jadi diharapkan pada masa-masa akan datang, perkara ini perlu diambil serius oleh pihak penganjur agar segala kecacatan dan kelemahan yang telah berlaku akan dapat diatasi dan tidak berulang lagi pada tahun-tahun yang mendatang. Walau bagaimanapun syabas kepada pihak penganjur kerana telah menganjurkan pertandingan yang seumpama ini.

Monday, April 5, 2010

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU KDM ANJURAN UPKO PERINGKAT NEGERI SABAH

DFM BILANG:
Ini adalah pertandingan mencipta lagu yang pertama saya sertai selama berkecimpung dalam bidang seni. Orang bilang cuba test try ja ba ni! tapi tekejut jugalah cubaan pertama saya telah membuahkan hasil. Sekurang-kurangnya saya telah berjaya tersenarai sebagai finalis. Penyertaan keseluruhan pun bukan sikit, banyak ni! 111 pernyertaan. Maknanya, 111 lagu baru dicipta untuk menyertai pertandingan ini. Apabila saya dapat panggilan yang lagu saya terpilih masuk final, memang terkejut dan terharu. Bah.. kalau siapa-siapa di luar sana yang free pada 9 April 2010, 7pm datanglah support kami semua di Buhavan Square kio!