Monday, March 24, 2014

PROMO LAGU "SAMPAI BILA"


Versi penuh lagu ini boleh dimuat turun melalui iTunes dengan harga yang sangat berpatutan. Lagu ini
belum lagi dihasilkan dalam bentuk CD album tetapi boleh didapati dan dibeli terus secara online dengan iTunes.

Sokonglah hasil karya anak seni tempatan Sabah dengan membeli lagu-lagu mereka. Terima kasih.

Tuesday, March 18, 2014

SINGLE TERBARU DFM "SAMPAI BILA"


Single terbaru daripada saya yang berjudul "Sampai Bila" telah sedia menemui peminat lagu-lagu Danny F. Malinggi. Lagu ini boleh dibeli dan dimuat turun melalui iTunes dengan harga yang sangat murah iaitu $0.99 USD atau bersamaan dengan RM3.36 sahaja. Walaupun iTunes adalah aplikasi yang ditawarkan oleh Apple dan sekiranya anda tidak memiliki produk Apple, anda masih boleh membeli lagu-lagu yang dijual melalui iTunes dengan memuat turun (download) iTunes application di PC/Laptop anda. Apabila aplikasi iTunes sudah dimuat turun, anda perlu create Apple ID terlebih dahulu. Semua cara-caranya ada diterangkan di dalam applikasi iTunes tersebut. Selepas anda mempunyai Apple ID, anda bukan sahaja dapat membeli secara online single "Sampai Bila" tetapi juga semua lagu dari semua artis-artis tempatan dan antarabangsa yang telah menjadi ahli kepada iTunes ini. Cara pembayaran juga sangat mudah hanya menggunakan Credit/Debit Card yang ada tertera Visa/Mastercard. Walaupun mata wang yang digunakan adalah dalam bentuk USD tetapi apabila anda membeli dan membuat pembayaran ianya akan secara automatik ditukarkan kepada nilai RM.

Selamat membeli lagu-lagu kegemaran anda secara online dan sokonglah lagu-lagu/album yang dihasilkan oleh artis kita sendiri. Terima kasih dan harap anda semua terhibur dengan lagu terbaru saya yang berjudul "Sampai Bila"

Selamat terhibur!!

Thursday, December 26, 2013

"MERRY CHRISTMAS AND HAPPY NEW YEAR 2014"

To all my fans out there, its been a long time since my last updates to this blog of mine. Feeling a bit guilty for this blog... mcm kena abandoned saja kan! hahaha! Anyway, I just wanted to wish all of you "MERRY CHRISTMAS AND HAPPY NEW YEAR 2014". Semoga tahun 2014 ini akan membawa sinar kejayaan dan kemajuan dalam apa juga bidang yang kita ceburi serta kesihatan yang baik untuk kita semua dan yang paling penting sekali kebahagiaan kita bersama keluarga tercinta. Tanpa kebahagiaan, kehidupan kita pasti kosong dan tidak bermakna. Segala kesilapan yang telah kita lakukan di tahun 2013, harus kita sedar dan insaf agar tidak mengulanginya lagi dan berjanji pada diri sendiri untuk merasa bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh Tuhan untuk kita selama ini. Selamat Tahun Baru 2014!!

Thursday, January 10, 2013

Kaulah Ilhamku


DFM Bilang:
Lagu asal adalah "Minogivangkoh Pomuandamanku" dinyanyikan semula dalam Bahasa Melayu. Lagu ini dirakamkan dalam versi Melayu ketika saya telah terpilih sebagai finalis di dalam pertandingan Anugerah Juara Carta Artis Tempatan Sabah 2009 yang telah berlangsung di One Borneo.

Thursday, May 17, 2012

ANUGERAH SKRIN KDM 2012

Haiiii!! Sia mo minta tulung ba kamurang semua ni especially peminat-peminat Danny F. Malinggi!! hahaha! Hari ini bermula sudah undian untuk Anugerah Skrin KDM 2012 melalui akhbar Sabah Times. Sia dicalonkan dalam beberapa kategori antaranya "Penyanyi Kadazan Terbaik" dan "Lagu KDM Paling Popular". Bah pigilah kamurang beli Sabah Times kio dan jangan lupa pangkah (X) nama Danny F. Malinggi dan artis-artis lain yang kamurang minat. Undian bermula hari ini (17/05/2012 hingga 30/05/2012) Majlis Anugerah tersebut akan diadakan pada 01/06/2012 bertempat di KDCA, Penampang jam 7pm. Borang undian (daripada keratan akhbar Sabah Times) boleh dihantar melalui kiriman atau pun hantar terus ke Peti Kutipan di Hongkod KDCA Penampang. (Sila rujuk akhbar Sabah Times untuk keterangan lanjut)
Ba... jangan lupa undi sia kio!!. Thanks for all your support!! Undi jgn tak undi! hahaha!



DFM Bilang:
Kepada semua yang pernah menyanyikan lagu-lagu Danny F. Malinggi dalam apa-apa juga pertandingan nyanyian atau persembahan nyanyian... kalian semua wajib undi nama Danny F. Malinggi! hahaha! KOTOHUADAN!!

Friday, April 27, 2012

Single Terbaru "Hozouku" Dari DFM

Hai semua!! Apa khabar? Moga-moga semuanya sihat dan baik-baik belaka! Sebenarnya saya mahu kongsi sedikit perkembangan terbaru saya, walaupun sibuk dengan kerja seharian disamping menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga tercinta sambil sibuk melayan karenah anak kecil kami yang sudah pun berusia 9 bulan sekarang ini, saya sempat merakamkan single terbaru saya yang berjudul "Hozouku" untuk siaran radio-radio tempatan kita. Walaupun kegiatan seni saya agak perlahan sejak berumahtangga apa lagi sekarang ini sudah mempunyai cahaya mata, sememangnya kegiatan seni saya agak terhad buat masa ini. Tapi orang bilang, kalau sudah minat, kita mesti akan curi-curi masa untuk meneruskan minat kita itu.

Walaupun lagu-lagu saya yang terdahulu seperti Kada Oku Sindualai, Minogivangkoh Pomuandamanku, Tambalutku, Ika Noh Songulun, Otomou dan beberapa lagi lagu-lagu saya yang lain masih dimainkan dan disiarkan oleh stesen-stesen radio tempatan yang ada di Sabah ini, tetapi demi minat pada bidang nyanyian dan penciptaan lagu, saya masih terus merakamkan beberapa lagu terbaru yang saya rasa lebih segar susunan muziknya agar tidak ketinggalan dengan arus muzik semasa yang mantap-mantap belaka. Merakamkan beberapa lagu baru ini juga bertujuan supaya peminat lagu-lagu DFM tidak jemu dengan hanya mendengar lagu-lagu lama tetapi juga lagu-lagu baru daripada saya. Walaupun pada masa sekarang saya belum ada album yang terbaru, tetapi lagu-lagu single untuk siaran radio akan terus saya lakukan supaya peminat tidak lupa dengan Danny F. Malinggi.

Sebagai permulaan, saya persembahkan single terbaru saya "Hozouku" sebuah lagu dalam bahasa Kadazan. Lagu ini agak berlainan dengan genre atau pun konsep lagu-lagu yang saya cipta sebelum ini di mana sebelum ini kebanyakan lagu-lagu saya berentak balada atau pun "mid tempo song". Kali ini lagu "Hozouku" yang bermaksud "Laguku"  adalah sebuah lagu yang rancak dengan mesej lagu yang sangat "simple" dan bersahaja iaitu lagu untuk suka-suka atau pun untuk hiburan semata-mata. "Hozouku" bukanlah lagu cinta atau putus cinta tetapi sekadar lagu untuk mengembirakan hati si penyanyi yang berpesan kepada pendengar lagu "Hozouku" supaya bergembira mendengar lagu ini. Lagu ini secara rasminya telah pun disiarkan di stesen radio tempatan Sabahvfm, RTM Kota Kinabalu di mana penyampai radio DJ Den dan juga DJ Suga telah memperkenalkan lagu ini dalam ruangan Hozou Kavavagu (Lagu terbaru minggu ini). Terima kasih kepada Sabahvfm kerana selama ini telah menyokong karier saya sebagai penyanyi dari dulu lagi iaitu sejak saya mula mencipta lagu dalam bahasa KadazanDusun bermula dari tahun 2001 sehingga kini. Saya juga mengharapkan sokongan daripada stesen radio swasta yang lain seperti Suriafm, KKfm, EraKK dan radio-radio online untuk menyiarkan lagu-lagu saya agar peluang untuk para pendengar yang menjadi pendengar setia stesen-stesen radio tersebut berpeluang mendengar lagu-lagu Danny F. Malinggi.

Kalau anda ingin mendengar lagu "Hozouku", di sini saya ada upload sebahagian daripada lagu "Hozouku" untuk mereka yang belum sempat mendengar lagu "Hozouku" di radio. Hope you like it. Akhir kata terima kasih dan sentiasalah menyokong artis tempatan kita dengan membeli album mereka yang original!


DFM Bilang:
Jika sambutan menggalakkan, lagu ini akan diselitkan di dalam Album VCD Karaoke DFM yang akan memuatkan lagu-lagu baru dan juga beberapa lagu hits DFM yang lain. Mudah-mudahan perancangan untuk menerbitkan album VCD Karaoke akan tercapai satu hari nanti. Credits to Mr. Gogds kerana gambar yang diambil beliau saya gunakan untuk vclip di atas. (Photo was taken during Sugandoi State 2009 Competition)