Wednesday, December 26, 2007

THE ALBUM IS OUT!!!


Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu telah tiba! Album saya yang berjudul Danny F. Malinggi kini sudah sedia untuk menemui peminat semua. Anggaplah album ini hadiah krismas dan tahun baru daripada saya kepada semua yang menyokong saya selama ini. Thank you so much!

Kepada Kadus Entertainment especially Gogds, Markie Kadus and Sumandak Davelynne, thanks for promoting me through your website www.kadusmusic.com and semua member-member KE thank you so much for your support and most of all for being my friends!

To Peter Peninting from d(eq) studio, thank you for making my dream a reality! your the men!!! Rakan-rakan seperjuangan, thanks for your support and love, kalian adalah inspirasiku!

To my family and all my relatives, terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bagi! thank you again.

To all my friends out there, walau ada yang sudah lama tidak ketemu! but deep in my heart kalian masih ku ingati! thank you for supporting me in my singing career! jgn lupa beli album ini ok! jgn main burn-burn ja tau! hahahah!

Ok let me tell you a bit about the album;
Album ini menggabungkan lagu-lagu dalam bahasa Kadazan, Dusun dan Melayu. Terdapat 3 buah lagu Kadazan, 5 buah lagu Dusun dan 4 buah lagu dalam bahasa Melayu. 3 lagi track terakhir dalam album tersebut adalah Minus One untuk 3 daripada lagu yang terdapat di dalam album tersebut. So u all can also sing my song too!! 3 buah lagu Melayu yang terdapat di dalam album tersebut adalah lagu-lagu yang telah diterjemahkan ke bahasa KadazanDusun. Di mana everybody boleh menikmati lagu tersebut dalam bahasa KadazanDusun dan boleh juga mendengarnya dalam bahasa Melayu. Ini adalah satu kelebihan kepada peminat yang kurang fasih dalam bahasa KadazanDusun masih boleh memahami maksud lagu yang disampaikan dalam bahasa Melayu. Satu lagu lagu berbahasa Melayu di track yang terakhir ialah lagu yang sememangnya khas dicipta sebagai lagu Melayu di dalam album ini. Kesemua lagu-lagu tersebut telah melalui proses akhir “mixed and mastered” di d(eq) Studio dan album ini juga dibantu oleh “Kadus Entertainment” dalam hal ehwal pemasaran. Album Danny F. Malinggi buat masa ini hanya diterbitkan dalam bentuk atau format CD Audio sahaja. VCD karaoke mungkin akan menyusul selepas itu, tetapi bila masa ianya akan diterbitkan masih belum diketahui kerana album CD Audio ini baru sahaja diterbitkan dan untuk menerbitkan VCD Karaoke ianya memerlukan perancangan yang lebih teliti dan bergantung juga kepada faktor kewangan dan masa yang pastinya lebih tinggi kosnya berbanding dengan penerbitan CD Audio. So kalau ada peruntukkan kewangan yang lebih pada masa akan datang...ada juga tu kana bikin VCD karaoke! hehehe!

So to all THANK YOU SO MUCH ATAS SOKONGAN KALIAN DALAM APA CARA PUN!! Please buy the original album and i really hope you will love and enjoy the album!

p/s album ini akan hanya dijual dibeberapa kedai kaset/CD sahaja kerana pengeluaran album ini adalah terhad! cara lain untuk mendapatkannya ialah dengan menghubungi Kadus Entertainment melalui laman web www.kadusmusic.com dengan berhubung terus kepada administrator laman tersebut iaitu gogds, mark kadus atau sumandak Davelynne. You can also contact me melalui danny.malinggi@gmail.com atau dannyfm@hotmail.com

Friday, November 30, 2007

PENCAPAIAN PERIBADI


PENCAPAIAN/PENGALAMAN DALAM BIDANG SENI:
(Akan dikemaskini dari masa ke semasa)
Tahun 2010:

Finalis Pertandingan Mencipta Lagu KDM Anjuran UPKO Sempena Hari Ibu & Hari Bapa, Peringkat Negeri Sabah.
-Berjaya dipilih ke peringkat akhir daripada 111 penyertaan.
-Tajuk lagu "INA"

Tahun 2009:

Finalis Sugandoi Kaamatan 2009 Peringkat Negeri Sabah
-Diadakan pada 23hb Mei 2009 di Dewan KDCA, Penampang

Naib Johan Sugandoi Kaamatan 2009 Peringkat Daerah Tuaran
-(Diadakan pada 16hb Mei 2009 di Dewan Bersatu Tuaran)
-Berjaya mewakili Daerah Kecil Tamparuli.

Finalis Anugerah Juara Carta Artis Tempatan Sabah 'CATS' 2009 SabahFM, RTM Sabah.
-Mempertandingkan lagu & lirik ciptaan Danny F. Malinggi berjudul "Kaulah Ilhamku"
-(Diadakan pada 28hb Mac 2009 di South Atrium, One Borneo, Kota Kinabalu)

Finalis Anugerah Juara Lagu Dusun 2008 SabahVFM, RTM Sabah.
-Mempertandingkan lagu & Lirik Ciptaan Danny F. Malinggi berjudul "Kada Oku Sindualai"
-(Diadakan pada 14hb Mac 2009 di Dewan Masyarakat Ranau)

Album:

1. Album Penuh Berjudul “Danny F. Malinggi” 2007 (CD Audio)
2. Album Kompilasi “Upus Sinding 1”, 2004 (Kaset)
3. Album Kompilasi “Upus Sinding 1”, 2004 (VCD Karaoke)
4. Album Kompilasi “Mega Super Dusun” 2001

Lagu-lagu yang pernah dicalonkan di dalam Carta Lagu-lagu Tempatan untuk siaran radio SabahVFM RTM Sabah.

Bontugan Sinding Dusun (Carta Juara Lagu Dusun) - JLD

1. Lagu “Kada Oku Sindualai” Nyanyian Danny F. Malinggi:
- Tahun dicalonkan 2003 - 2004
- 12 kali Juara Carta
- 48 Minggu berada dalam carta

2. Lagu “Okon Koh Winonsoi-wonsoi” Nyanyian Danny F. Malinggi:
- Tahun dicalonkan 2006
- 4 kali Juara Carta
- 21 Minggu berada dalam carta

3. Lagu “Guminawo Oku Dika” Nyanyian Danny F. Malinggi:
- Lagu pertama saya yang dicalonkan sekitar tahun 2002/2003
- Tiada maklumat berkenaan dengan kedudukan lagu tersebut.

Hozou Kaanangan Minggu Diti (Carta Lagu Popular Kadazan) - LPK

1. Lagu “Minogivang Koh Pomuandamanku” Nyanyian Danny F. Malinggi:
- Tahun dicalonkan 2007
- 5 kali Juara Carta
- 18 Minggu bertahan dalam Carta

2. Lagu “Iziau Koupusanku” Nyanyian Danny F. Malinggi:
- Pernah dicalonkan dalam carta LPK sekitar tahun 2004 – 2005
- Tiada maklumat berkenaan dengan kedudukan lagu tersebut.


Carta Artis Tempatan Sabah (CATS) 2007/2008

1. Lagu “Bila Resah” (Nyanyian asal Anuar Zain) dinyanyikan semula oleh Danny F. Malinggi:
- Tahun dicalonkan 2007
- 5 kali Juara Carta
- 14 Minggu berada dalam carta dan setakat ini (30-11-07) lagu tersebut masih lagi berada di dalam carta.

Pertandingan Nyanyian yang pernah disertai:

1. Pertandingan Nyanyian dan Rancangan Realiti Pertama di Malaysia,
POPSTARS 2002” by Ntv7.
- Top 6 in Sabah audition. Mewakili Sabah ke peringkat final audition di Kuala Lumpur.
- Top 30 in Kuala Lumpur.
- Lokasi: Synchrosound Studio Petaling Jaya.

2. Sinaran Passport Kegemilangan 1997 dan 1999, TV3
- Bertanding dalam kategori nyanyian sahaja.
- Tersenarai dalam top 7 untuk mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur.
- Naib Juara Mingguan
- Mendapat 4 Bintang untuk penilaian nyanyian.
- Lokasi: Auditorium Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam


3. Bintang Karaoke Terbuka RTM Sabah 2001
- Tempat ketiga
- Lokasi: RTM Kota Kinabalu.


4. Sugandoi Kaamatan
- Peringkat Daerah Papar 2001
- Tempat Ketiga

5. Bintang Karaoke Terbuka RTM Sabah 1999
- Finalis
- Lokasi: RTM Kota Kinabalu

Pengalaman menyanyi:

1. Artis residen RTM Sabah sejak tahun 1999:
- Menjayakan rancangan seperti Titian Mesra RTM, Bakat Harapan,
Persembahanku, Kombo RTM, dll.

2. Penyanyi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) tahun 2001 – 2003:
Menjayakan persembahan-persembahan pentas anjuran LKNS seperti:
- Rumah Terbuka Tadau Kaamatan Negeri Sabah,
- Rumah Terbuka Krismas Negeri Sabah,
- Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah,
- Upacara Penutupan SUKMA SABAH 2002, dll.


PENCAPAIAN DALAM BIDANG AKADEMIK SETAKAT INI:

1. IJAZAH SARJANA MUDA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH
KEPUJIAN
, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM, SELANGOR.
2006
- KELAS KEDUA TERTINGGI

2. DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH,
INSTITUT TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM, SELANGOR 1996

Wednesday, November 28, 2007

UPDATES ABOUT THE ALBUM


Album Danny F. Malinggi yang akan dipasarkan tidak lama lagi ini akan menemui peminat lagu-lagu DFM selewat-lewatnya penghujung December 2007. Saya secara peribadi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Davelynne Rampas @ Sumandak yang sudi menjadi designer untuk cover album sulung saya ini. Beliau juga adalah jurukamera untuk projek album DFM kali ini. Sememangnya you are so talented Davelynne, thank you so much on your creativity. Walaupun pada masa yang sama Davelynne begitu sibuk dengan persiapan Konvokesyennya di UiTM Shah Alam, tetapi masih mampu menghasilkan design yang cantik sekali. Thanks Dave for the beautiful cover. I really like the way you design my name on the front cover, simple but smart. Just what I want it to be. You make me look good in there! hahaha! Thank You!!!!!
Berikut adalah senarai lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini:
1. Minogivang koh pomuandamanku
2. Kada oku sindualai
3. Tambalutku
4. Iziau Koupusanku
5. Onggomo noh iman-imanon nu
6. Siou noh
7. Okon koh winonsoi-wonsoi
8. Otomou
9. Temanku
10. Maafkan aku
11. Kejarlah cita-citamu
12. Kau selalu ada dihatiku
13. Minogivang koh pomuandamanku (Minus one)
14. Siou noh (Minus one)
15. Kada Oku Sindualai (Minus one)
Konsep album secara keseluruhannya adalah gabungan muzik pop, ballad, r&b, poprock dan sebuah lagu yang boleh saya kategorikan sebagai etnik kreatif yang berjudul Otomou (Hijau) sebuah lagu yang berkonsepkan kesedaran terhadap keindahan alam semulajadi dan alam sekitar. Lain-lain lagu secara amnya adalah berunsur lagu cinta dan juga sebuah lagu berkenaan dengan persahabatan sesama manusia.


Tuesday, November 27, 2007

Welcome to DFM's Blog

Hi!! Welcome to my blog everybody! Hopefully from this blog you can get some info about me. For those who knew me as a local KadazanDusun singer in Sabah, i'm sure that all of you are waiting for my full album to be release. So this is my main reason of creating this blog, that is to give info on my coming album in other words to promote my album and also my singing activities and maybe a bit about what i do when i'm not singing. Well for those who didn't know, singing for me is only a part time career. I actually have a full time job. (In Sabah, singing is mostly treated as a part time job or only as a hobby for most of our local singers in Sabah. At this moment it is very hard to be professional in this field due to lack of opportunities for the local Sabahan artist to move forward and earn a living through singing. Payment standard for the local singers in Sabah is far far away from what our fellow singers from KL. Singers in KL can be paid thousands of ringgit, but for the local Sabahan singers, they only get hundreds of ringgit in average. Hopefully this scenario will be different in the near future. So generally thats why most of us still have to get a day job for the sake of survival and treat singing as a part time career). Because of my love and passion in singing, with my own effort i use my own money to produced my first solo album and with the help of some friends that helped me throughout the making of this album, i now proudly can say that, the album is already finished and now in the process of packaging. I hope that everything will come out smoothly wihout any problems. I really hope that my fans out there can enjoy the album. So again, this blog is another way for me to promote my album and give my thoughts about the album and also to give some info and updates about myself especially in my singing activities for the year to come. Comments and ideas are welcome in this blog.

Kepada semua pembaca yang melawat blog saya ini, terima kasih dan harapan saya anda semua akan dapat mengetahui serba sedikit mengenai siapa saya terutamanya berkenaan dengan aktiviti nyanyian saya. Jadi, pembikinan blog ini sememangnya bertujuan untuk memperkenalkan serta mempromosikan album sulung saya yang tidak lama lagi akan berada dipasaran. Pada ketika ini semasa saya menulis blog ini (27-11-2007), menurut rakan yang menguruskan album saya, album tersebut sedang dalam proses percetakan di Kuala Lumpur sekarang ini dan juga sedang menguruskan hal-ehwal berkenaan dengan hologram, iaitu sticker kilat yang perlu dilekatkan di setiap album sebagai bukti bahawa album tersebut adalah album yang original. Jadi semua ini akan memakan masa selama 2 hingga 3 minggu atau lebih. But i really hope the album will be out soon and my target is before end of this year.

Sedikit info about the album, Judul album adalah nama saya sendiri, Danny F. Malinggi. Penerbit eksekutif album ini adalah saya sendiri, dan segala perbelanjaan adalah keluar daripada poket saya sendiri, hahaha! oleh itu, album ini amat bermakna buat saya secara peribadi. Walaupun banyak melibatkan wang ringgit, tapi demi peminat yang sudah lebih 4 tahun menunggu album ini dan juga atas minat saya yang mendalam terhadap bidang nyanyian, maka dengan usaha sendiri dan pertolongan daripada kawan-kawan yang sama-sama menyokong saya dalam bidang nyanyian, akhirnya album yang dinanti-nantikan ini bakal menemui peminat saya khasnya. I really hope all of you will like the album. Album tersebut mengandungi 15 track yang terdiri daripada 8 lagu dalam bahasa KadazanDusun dan 4 buah lagu dalam bahasa Melayu. 3 lagi track yang selebihnya adalah track berupa minus one daripada 3 lagu yang terdapat di dalam album tersebut. Jadi, sesiapa yang membeli album tersebut akan dapat juga menyanyi 3 buah lagu tersebut, just like karaoke, cuma tiada visual. Hahaha!

Sebagai permulaan, ini sahaja yang boleh saya kongsi dengan anda semua. Tunggu sehingga album saya sdh ada di depan mata, barulah saya akan mengulas lebih lanjut lagi tentang album tersebut ok! akhir kata terima kasih kepada semua atas sokongan anda terhadap bidang nyanyian yang saya ceburi ini. So when the album out, don't forget to buy one ok! Thank You!