Tuesday, May 1, 2012
Friday, April 27, 2012
Single Terbaru "Hozouku" Dari DFM
Walaupun lagu-lagu saya yang terdahulu seperti Kada Oku Sindualai, Minogivangkoh Pomuandamanku, Tambalutku, Ika Noh Songulun, Otomou dan beberapa lagi lagu-lagu saya yang lain masih dimainkan dan disiarkan oleh stesen-stesen radio tempatan yang ada di Sabah ini, tetapi demi minat pada bidang nyanyian dan penciptaan lagu, saya masih terus merakamkan beberapa lagu terbaru yang saya rasa lebih segar susunan muziknya agar tidak ketinggalan dengan arus muzik semasa yang mantap-mantap belaka. Merakamkan beberapa lagu baru ini juga bertujuan supaya peminat lagu-lagu DFM tidak jemu dengan hanya mendengar lagu-lagu lama tetapi juga lagu-lagu baru daripada saya. Walaupun pada masa sekarang saya belum ada album yang terbaru, tetapi lagu-lagu single untuk siaran radio akan terus saya lakukan supaya peminat tidak lupa dengan Danny F. Malinggi.
Sebagai permulaan, saya persembahkan single terbaru saya "Hozouku" sebuah lagu dalam bahasa Kadazan. Lagu ini agak berlainan dengan genre atau pun konsep lagu-lagu yang saya cipta sebelum ini di mana sebelum ini kebanyakan lagu-lagu saya berentak balada atau pun "mid tempo song". Kali ini lagu "Hozouku" yang bermaksud "Laguku" adalah sebuah lagu yang rancak dengan mesej lagu yang sangat "simple" dan bersahaja iaitu lagu untuk suka-suka atau pun untuk hiburan semata-mata. "Hozouku" bukanlah lagu cinta atau putus cinta tetapi sekadar lagu untuk mengembirakan hati si penyanyi yang berpesan kepada pendengar lagu "Hozouku" supaya bergembira mendengar lagu ini. Lagu ini secara rasminya telah pun disiarkan di stesen radio tempatan Sabahvfm, RTM Kota Kinabalu di mana penyampai radio DJ Den dan juga DJ Suga telah memperkenalkan lagu ini dalam ruangan Hozou Kavavagu (Lagu terbaru minggu ini). Terima kasih kepada Sabahvfm kerana selama ini telah menyokong karier saya sebagai penyanyi dari dulu lagi iaitu sejak saya mula mencipta lagu dalam bahasa KadazanDusun bermula dari tahun 2001 sehingga kini. Saya juga mengharapkan sokongan daripada stesen radio swasta yang lain seperti Suriafm, KKfm, EraKK dan radio-radio online untuk menyiarkan lagu-lagu saya agar peluang untuk para pendengar yang menjadi pendengar setia stesen-stesen radio tersebut berpeluang mendengar lagu-lagu Danny F. Malinggi.
Kalau anda ingin mendengar lagu "Hozouku", di sini saya ada upload sebahagian daripada lagu "Hozouku" untuk mereka yang belum sempat mendengar lagu "Hozouku" di radio. Hope you like it. Akhir kata terima kasih dan sentiasalah menyokong artis tempatan kita dengan membeli album mereka yang original!
DFM Bilang:
Jika sambutan menggalakkan, lagu ini akan diselitkan di dalam Album VCD Karaoke DFM yang akan memuatkan lagu-lagu baru dan juga beberapa lagu hits DFM yang lain. Mudah-mudahan perancangan untuk menerbitkan album VCD Karaoke akan tercapai satu hari nanti. Credits to Mr. Gogds kerana gambar yang diambil beliau saya gunakan untuk vclip di atas. (Photo was taken during Sugandoi State 2009 Competition)
Thursday, January 19, 2012
CARTA TOP 30 LAGU ORANG SABAH SAJA
http://youtu.be/Zd9cjRFJR_A
Untuk mengundi anda semua boleh la ke http://www.sumandak.net/ dan juga di https://www.facebook.com/CartaTop30LaguOrangSabahSajaDFM Bilang:
Ba.. kepada semua peminat karas lagu2 DFM, tunjukkanlah sokongan kamurang semua dengan mengundi lagu sia yang berjudul "Kau Selalu Ada Dihatiku" kalau bukan kamurang siapa lagi kan! Ini kali la kan! hahaha! Terima kasih banyak2 dengan sokongan kamurang semua kio!
Sunday, July 3, 2011
Pengambaran Video Clip Untuk Siaran TVi RTM Saluran 180 Astro
Pada 2 July 2011 yang lepas, pengambaran video clip untuk 2 buah lagu yang terdapat di dalam album pertama saya iaitu lagu “Minogivangkoh Pomuandamanku” dan lagu “Kada Oku Sindualai” telah dijalankan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu. Antara lokasi yang dipilih adalah di












Monday, May 2, 2011
TERKINI DARI DFM
Hai semua!! Nampaknya agak lama juga saya tidak menulis apa2 utk update blog ini
So finish about that, lets get back to what I’ve been doing since my last post. After the PBK, I had a trip to Star Cruise Libra with my wife (lebih kurang mcm berbulan madu la baitu hehehe!) It’s an enjoyable trip and we’re looking forward to cruise again in the future. After we got back from the cruise, we found out that my wife is pregnant with our first child. Memang gembira bukan kepalang lah kami. Family and friends pun tumpang gembira dengan berita yang wife saya sudah mengandung. So time sia buat post ini, my wife sudah 7 bulan. Hujung bulan Julai ini isteri saya dijangka akan melahirkan anak kami yang pertama. Mudah-mudahan semuanya akan berjalan dengan lancar. Amen! Selain daripada itu, kami menyambut Krismas 2010 secara sederhana sahaja tapi pada Krismas kali ini saya dan isteri dijemput sebagai penyanyi undangan bersama dengan artis2 tempatan yang lain seperti Martha Ginun, Marcel dan Leornard Ingging untuk memeriahkan Rumah Terbuka Huguon Siou sempena hari Krismas bertempat di Dewan KDCA pada 25hb Disember 2010.
Pada awal tahun 2011, kami sekeluarga pergi ke Miri,
Selain itu, pada masa post ini dibuat, saya juga telah merakamkan 2 lagi lagu baru saya untuk disiarkan di radio-radio tempatan di
Setakat ini sahaja buat masa ini, nanti saya akan update lagi pada masa akan datang. Terima kasih dengan sokongan anda semua dan bersama-samalah kita berdoa agar tahun ini kita semua akan dimurahkan rezeki dari Tuhan, diberi kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Amen!
P/s: Bulan 5 sudahkan! So saya ingin mengucapkan “KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN 2011”
Friday, September 17, 2010
PESTA BELIA KEUSKUPAN KE-11 (PBK – 11)





Saturday, August 21, 2010
Hi To All!
Kepada semua yang ada buang masa jenguk2 blog sia ni, i want to say so sorry! Coz lama tidak update! actually nothing much juga yang berlaku. Kegiatan seni pun agak perlahan, paling2 pun yang ada ialah undangan menyanyi di wedding2 ceremony. Other than that, none at the moment. So that's why i have nothing to post in this blog. Lagi pun kita semua ni seolah2 kacang lupakan kulit ba kan. mentang2 skrang ni semua pun berFB ja, nah lama2 blogspot pun sdh tidak laku lgi untuk disurf2kan! sampai blog sia sendiri pun agak terabai gara2 sdh beralih kpd FB ja! tp sia rasa blog ini, still relevant buat masa sekarang dan boleh kita jadikan sebagai laman untuk berkongsi informasi dan sbg luahan perasaan. To me blog ni juga boleh berperanan sebagai online diary yang tiada rahsia lg la! hahaha!
Info about me yang terkini ialah, sia terlibat dengan konsert PBK (Pesta Belia Keuskupan) pada 7 September 2010 bertempat di Dewan Sacred Heart Cathedral. Dalam hidup sia, ini lah kali pertama sia join group yang boleh dikatakan sebagai "worship team" di mana konsert yang akan kami adakan adalah berkonsep "Praise and Worship". Kesedaran demi kesedaran datang dalam diri sia, yang mana bakat nyanyian yang ada pada sia adalah anugerah dari Tuhan, it's a gift from God. So this is the time i want to give back, and i want to contribute something positive to our Christian Youth from singing and worship! Banyak sdh Tuhan tolong sia dalam pelbagai aspek kehidupan dari sia bujang sampai la sia berkahwin. Dengan kesedaran ini, sia sesungguhnya bersyukur dengan segala perlindungan dan pemberian dariNya. Amen.
