Wednesday, April 14, 2010

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU KDM UPKO 2010


Mungkin ramai yang sudah tahu keputusannya tetapi sekadar mahu update seperti yang diminta ini adalah keputusannya.

1. Ernester Edward
2. Martha Ginun
3. Bobby Patrick

DFM Bilang: Sia hanya dapat saguhati saja, tapi saguhatinya bukan juga sikit RM500.00 baitu! tapi kalau dapat top 3 lagi lumayanlah! hahaha! apa boleh buat, tiada rezeki mau menang! tapi setelah sia dpt beberapa informasi dari sumber2 yang boleh dipercayai, ramai komposer terkenal yang telah menghantar lagu ciptaan mereka untuk menyertai pertandingan ini tetapi gagal terpilih ke peringkat final! Terkejut jugalah sia, bila mendengar nama2 besar tidak tersenarai dalam top 12 finalis! Nama-nama komposer yang dikatakan adalah seperti Asmin Mudin dan beberapa artis/komposer tempatan seperti Jestie Alexius dan Caroline Yusof (this are the only info that i got). Walau pun ada komposer yang sudah bertaraf kebangsaan tetapi kalau tiada rezeki untuk terpilih ke final, memang tida dapat la kan. Mencipta lagu ni adalah sesuatu yang subjective, lain orang lain pandangan. Ada orang suka lagu kita dan ada juga yang tidak suka dengan lagu ciptaan kita. Semua ini pun bergantung pada nasib.

Bagi diri sendiri, secara peribadi, sia rasa sungguh bersyukur sekali kerana percubaan pertama sia mengikuti pertandingan mencipta lagu telah pun membuahkan hasil. Lagu ciptaan sia yang berjudul "INA" berjaya memenangi juri untuk memilih lagu sia masuk ke peringkat akhir. Walau pun hanya berjaya mendapat saguhati, tetapi setelah mengetahui yang lagu sia terpilih daripada 111 penyertaan, sia sungguh terharu sekali. Terbukti sudah bahawa lagu-lagu ciptaan sia ini boleh diterima oleh juri professional. Ini sedikit sebanyak telah menaikkan semangat sia untuk terus mencipta lagu-lagu baru yang berkualiti dan selepas ini pasti akan lebih banyak pertandingan mencipta lagu yang akan sia sertai. Kalah menang adalah perkara kedua yang penting sia dapat memberikan sumbangan kepada seni penciptaan lagu di Sabah ini dan terus berkarya dalam bidang seni dan nyanyian.

Cuma satu saja yang sia dan peserta-peserta lain kurang berpuas hati, pada hari pertandingan, kami dapat melihat penganjuran pihak yang terbabit agak kurang professional. Kami semua 12 orang finalis tidak dapat membuat sound check dan rehearsal pada hari tersebut kerana kelewatan penyediaan sound system. Kualiti sound system yang disediakan juga sangat mendukacitakan, bunyi mic yang kering dan pecah, membuatkan kami semua peserta kurang selesa untuk menyampaikan lagu dan sedikit sebanyak telah mengganggu persembahan kami. Sound system yang disediakan itu, tidak setaraf dengan penganjuran yang bertaraf peringkat negeri itu. Jadi diharapkan pada masa-masa akan datang, perkara ini perlu diambil serius oleh pihak penganjur agar segala kecacatan dan kelemahan yang telah berlaku akan dapat diatasi dan tidak berulang lagi pada tahun-tahun yang mendatang. Walau bagaimanapun syabas kepada pihak penganjur kerana telah menganjurkan pertandingan yang seumpama ini.

Monday, April 5, 2010

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU KDM ANJURAN UPKO PERINGKAT NEGERI SABAH

DFM BILANG:
Ini adalah pertandingan mencipta lagu yang pertama saya sertai selama berkecimpung dalam bidang seni. Orang bilang cuba test try ja ba ni! tapi tekejut jugalah cubaan pertama saya telah membuahkan hasil. Sekurang-kurangnya saya telah berjaya tersenarai sebagai finalis. Penyertaan keseluruhan pun bukan sikit, banyak ni! 111 pernyertaan. Maknanya, 111 lagu baru dicipta untuk menyertai pertandingan ini. Apabila saya dapat panggilan yang lagu saya terpilih masuk final, memang terkejut dan terharu. Bah.. kalau siapa-siapa di luar sana yang free pada 9 April 2010, 7pm datanglah support kami semua di Buhavan Square kio!

Wednesday, February 10, 2010

LIRIK LAGU DUET "IKA NOH SONGULUN"


P: NOKOBOROS KOH DOID DOHO
INGGA SUAI GINOWOONKU KA NU
OTOPOT TOI NANGKU INO GINAWO NU
TUU IKA NOH KOUPUSANKU

L: MODU SODU KO MANTAD DOHO
MALOM RALOM KALANGADANKU
IKA NOH SONGULUN ID GINAWO KU
KOTUMBAYAAI NOH TI BOROSKU

(Chorus)
P: POINGKURO OKU POPOKITO
TUMBOYOKU DIT AU NU LINANSAN
KADA HARO PIRAATAN
ID PIOLITAN DATO
UHUPAI OKU MAMARATI GINAWO NU

L: POINGKURO OKU POPOKITO
TUMBOYOKU DIT AU NU LINANSAN
KADA HARO PIRAATAN
ID PIOLITAN DATO
UHUPAI OKU MAMARATI GINAWO NU

(Solo)
(Ulang Chorus)

P & L: UHUPAI OKU MAMARATI GINAWO NU…

LAGU & LIRIK CIPTAAN: DANNY F. MALINGGI

Thursday, February 4, 2010

IKA NOH SONGULUN

Hi everybody! Sorry lama inda update!
Well, i just want to give some updates on what’s happening at the moment! Kepada sesiapa yang ada dgr siaran radio Suriafm by DJ Othoe, maybe kamurang sudah pernah dengar lagu duet kami yang berjudul "Ika Noh Songulun".

Ini adalah lagu duet rakaman sia yang pertama dan lagu duet ini, sia berduet dengan tunang sia Georgia Joy C. Binsol (Johan Sugandoi Peringkat Negeri Sabah 2009) "Ika Noh Songulun" adalah lagu ciptaan sia sendiri dan ditulis dalam bahasa Dusun. It's a ballad/pop song. Mula-mula tu memang susah juga untuk kami menyanyikan lagu ini kerana perbezaan key atau range suara yang terlalu ketara di antara kami berdua. Tetapi setelah beberapa kali membuat penyesuaian key lagu, akhirnya kami berjaya mendapatkan key lagu yang telah memberikan keselesaan kepada kami berdua untuk menyampaikan lagu tersebut.

Kami berharap, semua peminat di luar sana dapat menerima lagu ini dan enjoy mendengar lagu kami "Ika Noh Songulun". Ini adalah percubaan lagu duet sia yang pertama dan ini adalah percubaan yang pertama bagi Georgia Joy dalam bidang rakaman suara selepas memenangi gelaran Johan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2009. Kami sebenarnya masih dalam perancangan untuk merakamkan satu lagi lagu baru dalam masa yang terdekat ini. Tetapi lagu baru ini adalah lagu khas ciptaan sia untuk tunang sia Georgia Joy sebagai lagu solo beliau yang pertama dan sebagai single Georgia Joy yang pertama. Bila masa ianya akan dikeluarkan, belum lagi ada kepastian, tetapi jika tiada aral melintang mudah-mudahan sebelum bulan Mei nanti. Actually sia sendiri sedang mencari ilham untuk mencipta lagu baru untuk koupusan sia ni! so rasa nervous pun ada jugalah! Tapi prinsip sia dalam mencipta lagu adalah untuk buat yang terbaik!

Oklah!..buat masa ini, itu sahajalah yang sia dapat share sama kamurang! So sia harap lagu duet kami "Ika Noh Songulun" akan dapat menghiburkan anda semua!!

Terima kasih dengan sokongan kalian semua selama ini.

God Bless All of you!!

Tuesday, January 5, 2010

SASARAN UNTUK TAHUN BARU 2010

Adehhh…hari ni my first day balik ofis di Sandakan, hemm…. Mcm malas plak mo buat keja ni! Hahaha! Masi mood cuti ba… ehehehhe…. Mau 2 minggu lebih ba sia bercuti nah apa inda malas mo balik keja! Hahaha! Well memang banyak aktiviti jugalah sia time cuti, selain daripada celebrate Krismas and new year, sia jadi driver untuk mengangkut pengantin pada 2hb Januari yang lepas. Sia punya ipar ba kahwin tu.. tapi mcm best plak jadi driver kereta pengantin, inda payah susah2 cari parking jauh2, coz semuanya standard vip hahaha! Parking depan church dan parking depan dewan. Kalau bawa kereta biasa mana berani buat begitu kan! Hehe… kesimpulannya sia seronok bah!!!

Tapi yang inda brapa seronok ialah just before new year keja sia p perodua untuk major service, nah melayang rm402 pastu p tukar tayar blakang dan alignment semuanya rm411 (tepaksa kena jeck kerana tayar blakang myvie mana boleh alignment! So main tukul2 and jeck ja la.. ngam ka ejaan jeck sia tu? Whateverlah hahaha!) pastu after new year p workshop lain bikin tu kereta banyak masalahlah.. bunyi sana sini dan clutch ada masalah, check2 mau tukar clutch lining nah melayang lagi rm550… aduiiii!!!! Nah semua tu dalam rm1,363 atukoiiii!!! Nilah masalah kalau kereta kena ulang-alik sdkn-kk-sdkn… huhu… kuroyon podi bogia… survival punya pasal!! Clutch sudah bikin tapi bunyi2 dalam kereta mcm ada pelihara burung pipit ja dalam kereta…blum dapat kena bikin… abis kesuntukkan masa… butul2 bikin panasssss ooooo…..

So apa azam tahun baru sia? Actually sia inda biasa bah simpan2 azam ni! Simpan angan2 adalah! Hahaha! Instead of using the word azam I rather use the word target atau pun sasaran untuk tahun 2010, jadi secara ringkasnya berikut adalah target sia untuk tahun 2010:

1)Mau kahwin
2)Mau kasi flat ini perut, terlampau boroi sudah gara2 kuat makan time cuti panjang! (Tapi….Macam susah ja ni, I’ll try my bestlah juga!!)
3)Mau cari duit dan kumpul duit sebanyak yang boleh! Kalau dapat naik pangkat pun bagus juga atau dapat transfer balik KK lagi bagus!!
4)Mau bikin dan rakam 2 atau 3 single/lagu baru supaya peminat tidak lupa sama DFM
5)Mau cipta lagu untuk penyanyi2 lain yang mo minta khidmat sia as a composer sebagai satu cara untuk dapat extra income (tapi yang ini tertakluk kepada kelapangan masa dan jika ada ilham untuk cipta lagu!!)
6)Last but not least…ini bukan target tapi doa dan harapan…Kebahagiaan, Dimurahkan Rezeki, Kesihatan yang baik sepanjang tahun bukan sahaja untuk diri sia sendiri tetapi juga kepada tunang sia and my wife to be dan kepada semua ahli keluarga dan sanak saudara sia di dua belah pihak dan semua kawan-kawan sia dan juga peminat2 lagu-lagu DFM dan PEACE ON EARTH.

Tuesday, December 15, 2009

MERRY CHRISTMAS AND HAPPY NEW YEAR 2010

Salam 1 Malaysia semua!!!

Well, after this week i'm going to take long leave until the first week of January 2010. So maybe sia inda selalu online la, jadi disini sia mahu ambil kesempatan untuk wish semua termasuklah to both side of my family, relatives and to all my friends and last but not the least my fans out there "Merry Christmas And Happy New Year 2010"

Kepada semua yang meminati lagu-lagu DFM thank you, kepada yang ada beli album CD sia yang original THANK YOU SO MUCH!! and thanks again for supporting me to continue singing. Thank you!!!

Love,
DFM!

Sunday, November 29, 2009

Halo semua!!

Hai semua!!! Siou banyak2 kio… coz teda lansung update sia buat dalam ni blog kan…
well.. selain sibuk dgn kerja harian sia di sandakan dan traveling between sandakan-kk.. nothing muchlah… teda aktiviti yg interesting… memang boring jugalah, apa boleh buat, sometimes dalam hidup kita ni pun pasti ada time yang kita teda buat apa2 kan… hahaha! Geng2 karas di KE pun mcm jarang2 sdh berjumpa dan buat gathering ni. Mungkin semua pun sibuk dgn agenda masing2 bah kan. Oleh krn teda apa2 juga aktiviti kesenian sia… paling2 pun nyanyi di majlis kahwin kawan2 dan saudara ja lah! Hahaha! Itulah pasal jarang update ni blog! Mo upload gambar2 pun malas… hahaha! Anyway thanks to all yg ada visit or jenguk2 sia punya blog yg semakin membosankan ni! hahaha!

O ya!! Ada plak sikit hal yg sia mo kasi share sama kamurang! Sebenarnya, sia dan tunang sia (Georgia Joy) ada merakamkan sebuah lagu duet ciptaan sia sendiri la. Proses mixing and editing sedang dijalankan. Ba kamurang dgr2 ja la di radio kio! Mungkin dalam masa kurang sebulan lagi mudah-mudahan kamurang akan dapat dengar tu lagu duet kami dan harap2 kamurang suka la kio! Hehe! Selamat terhibur!