Wednesday, December 26, 2007

THE ALBUM IS OUT!!!


Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu telah tiba! Album saya yang berjudul Danny F. Malinggi kini sudah sedia untuk menemui peminat semua. Anggaplah album ini hadiah krismas dan tahun baru daripada saya kepada semua yang menyokong saya selama ini. Thank you so much!

Kepada Kadus Entertainment especially Gogds, Markie Kadus and Sumandak Davelynne, thanks for promoting me through your website www.kadusmusic.com and semua member-member KE thank you so much for your support and most of all for being my friends!

To Peter Peninting from d(eq) studio, thank you for making my dream a reality! your the men!!! Rakan-rakan seperjuangan, thanks for your support and love, kalian adalah inspirasiku!

To my family and all my relatives, terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bagi! thank you again.

To all my friends out there, walau ada yang sudah lama tidak ketemu! but deep in my heart kalian masih ku ingati! thank you for supporting me in my singing career! jgn lupa beli album ini ok! jgn main burn-burn ja tau! hahahah!

Ok let me tell you a bit about the album;
Album ini menggabungkan lagu-lagu dalam bahasa Kadazan, Dusun dan Melayu. Terdapat 3 buah lagu Kadazan, 5 buah lagu Dusun dan 4 buah lagu dalam bahasa Melayu. 3 lagi track terakhir dalam album tersebut adalah Minus One untuk 3 daripada lagu yang terdapat di dalam album tersebut. So u all can also sing my song too!! 3 buah lagu Melayu yang terdapat di dalam album tersebut adalah lagu-lagu yang telah diterjemahkan ke bahasa KadazanDusun. Di mana everybody boleh menikmati lagu tersebut dalam bahasa KadazanDusun dan boleh juga mendengarnya dalam bahasa Melayu. Ini adalah satu kelebihan kepada peminat yang kurang fasih dalam bahasa KadazanDusun masih boleh memahami maksud lagu yang disampaikan dalam bahasa Melayu. Satu lagu lagu berbahasa Melayu di track yang terakhir ialah lagu yang sememangnya khas dicipta sebagai lagu Melayu di dalam album ini. Kesemua lagu-lagu tersebut telah melalui proses akhir “mixed and mastered” di d(eq) Studio dan album ini juga dibantu oleh “Kadus Entertainment” dalam hal ehwal pemasaran. Album Danny F. Malinggi buat masa ini hanya diterbitkan dalam bentuk atau format CD Audio sahaja. VCD karaoke mungkin akan menyusul selepas itu, tetapi bila masa ianya akan diterbitkan masih belum diketahui kerana album CD Audio ini baru sahaja diterbitkan dan untuk menerbitkan VCD Karaoke ianya memerlukan perancangan yang lebih teliti dan bergantung juga kepada faktor kewangan dan masa yang pastinya lebih tinggi kosnya berbanding dengan penerbitan CD Audio. So kalau ada peruntukkan kewangan yang lebih pada masa akan datang...ada juga tu kana bikin VCD karaoke! hehehe!

So to all THANK YOU SO MUCH ATAS SOKONGAN KALIAN DALAM APA CARA PUN!! Please buy the original album and i really hope you will love and enjoy the album!

p/s album ini akan hanya dijual dibeberapa kedai kaset/CD sahaja kerana pengeluaran album ini adalah terhad! cara lain untuk mendapatkannya ialah dengan menghubungi Kadus Entertainment melalui laman web www.kadusmusic.com dengan berhubung terus kepada administrator laman tersebut iaitu gogds, mark kadus atau sumandak Davelynne. You can also contact me melalui danny.malinggi@gmail.com atau dannyfm@hotmail.com