Wednesday, April 23, 2008

ARTIS SABAH TAK WAJAR DIANAK TIRI

Hari ini semasa saya membaca Berita Harian di dalam ruangan Sabah & Sarawak, tiba-tiba saya terserempak dengan tajuk ini “Artis Sabah tak wajar dianak tiri”. Setelah membacanya, sebagai seorang artis tempatan Sabah, saya rasa terharu dengan keperihatinan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun terhadap nasib artis-artis tempatan di negeri Sabah ini. Semua yang diperkatakan oleh Datuk sememangnya mencerminkan realiti yang dihadapi oleh artis-artis tempatan Sabah. Selama ini saya hanya mampu mengeluh dan mengadu kepada rakan-rakan artis dan teman-teman tanpa mengetahui bagaimana mahu menyuarakan isu ini yang sudah sekian lama membelengu artis-artis Sabah yang rata-rata mendapat layanan “double standard” atau dianak tirikan oleh penganjur-penganjur persembahan di Negeri Sabah ini. Saya benar-benar berharap selepas ini tindakan akan dibuat untuk menaikkan standard bayaran artis-artis tempatan Sabah yang tiada cap “AF” akan turut mendapat bayaran yang sama seperti mereka yang memiliki cap “AF”. Kami juga mempunyai bakat yang setaraf dengan mereka cuma tiada rezeki untuk memiliki cap “AF”. Saya juga mengharapkan selepas ini dengan keperihatinan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar terhadap nasib artis-artis tempatan Sabah, semua pihak-pihak penganjur persembahan akan mengambil tindakan susulan yang positif ke arah memperjuangkan nasib dan memartabatkan karya artis-artis tempatan Sabah yang secara tidak langsung akan memajukan industri seni dan hiburan di negeri Sabah.

2 comments:

dBOS-fm said...

Pasal ini hal kan...saya pernah juga kana kasih tau..alasan byaran murah sebab artis2 Sabah mostly mereka yang ada pekerjaan tetap dan menyanyi sekadar part-time saja. Mcm artis cap AF durang full-time kunun...the same goes with artiste from S'jung yang profession memang full time artiste. Who is the full time singer in Sabah? ABE? (I wonder how much he's paid..:))

Danny F. Malinggi said...

Thanks db for the comment, memang betul juga lah, tapikan to be a full-timer di Sabah ni, ayooo!!! susah mo cari mkn la bos! bukan apa, ko tinguk ja lah senario industri hiburan di sabah ni dengn yg di semenanjung! perbezaan yg amat ketara! kalau mo bilang show yg dianjurkan di Sabah ni sedikit sangat, maksud sia, pendapatan yg diperolehi inda boleh bayar keperluan hidup setiap bulan. So those yg minat menyanyi di Sabah ni hanya sanggup jadi part timer ja, and they have to have a permenant job! for the sake of paying the monthly bills. Tapi penganjur sebenarnya memainkan peranan yg penting ba dlm hal ini, kalau tiada "double standard" i'm sure ramai artis tempatan Sabah mahu jadi full time singer juga kalau boleh dpt bayaran 4 angka setiap show! tapi ini hanyalah pendapat sia ja la....