Thursday, June 4, 2009

UNFORGETABLE MAY 2009

Kaamatan tahun ni memang lain dari tahun-tahun yang sebelumnya… ini tahun sia ada join Sugandoi Kaamatan (walaupun penyertaan sia ni menimbulkan pelbagai kontroversi gara-gara artis join Sugandoi – well itu semua sia anggap sebagai satu cabaran) walaupun sia kalah tetapi at least perjuangan sia inda sia-sia coz buruk-buruk pun at least sia berjaya sampai ke Final Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2009 di KDCA dan saya dapat mewakili Tamparuli. Memang hangatlah nama sia diperkatakan dan dipertikaikan tetapi semua itu adalah asam garam dalam bidang hiburan ini. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya pertandingan Sugandoi Kaamatan ini adalah terbuka kepada semua penyanyi KadazanDusun di Malaysia, termasuklah mereka yang sudah ada album dan dikenali ramai. Mungkin selama ini ramai artis yang takut join sugandoi kerana mereka mahu jaga nama mereka dan akan memalukan mereka jika kalah. Well orang bilang “itu dari kau saja baitu”. Bagi sia sendiri, memiliki sebuah album belum menunjukkan seseorang penyanyi itu hebat dalam bidang nyanyian. Album yang sia sendiri terbitkan itu pun atas usaha sendiri dan menggunakan wang saku sendiri saja. Maknanya siapa-siapa yang ada duit pun boleh bikin album sendiri ba. So selama ini pun sia belum ada apa-apa pencapaian dalam bidang nyanyian, jauh sekali kejayaan dalam pertandingan sugandoi ini. So sebelum bertambah tua dan nyanyuk, sia beranikan diri untuk join sugandoi untuk melihat sejauh mana pencapaian sia dan sia tetap bersyukur pada Tuhan kerana sekurang-kurangnya saya berjaya menjadi Finalis Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2009. Bukan senang ooo… sia sendiri pun sampai jatuh sakit menghadapi pertandingan ini dari peringkat Daerah hinggalah ke peringkat Negeri. Memang tiada nasib la baitu, time-time mo bertanding final, tiba-tiba sia sakit kerongkong pulak…adididi….frust, tension, marah semua ada time tu memang geramlah, coz impian untuk bergelar juara berkecai atau sekurang-kurangnya untuk mendapat top 3 hancur bagai debu di tepi longkang! Hahahah!!! Sampai mo tarik diri pun ada, tapi nanti orang bilang sia pengecut atau penakut plak kan… AJK Sugandoi pun bilang inda boleh tarik diri. So mlm final tu sia hentam sajalah! Tapi yang lucu tu, dalam sakit-sakit, just before the final start sempat lagi sia minta si Leonard Ingging tolong carikan sia “Lihing” hahaha! Untuk kasi panas dan ringan-ringan kerongkong sia. So mlm tu sia radu nyanyi sajalah, kawan-kawan bilang untuk orang sakit dan suara sarut.. “you did good” walau pun ada flat sikit dan inda power orang bilang tapi oklah memandangkan sia sakit kannn!!! Atukoi!! Minta kasian lagi ba!... walaupun bersedih kerana sakit time tu, sia still boleh tersenyum bangga dan happy kerana yang jadi Johan adalah koupusan sia sendiri my honey Georgia Joy. Congratulations honey!!! Nah at least terbukti sudah yang Georgia Joy pandai menyanyi kerana sebelum ini ramai suara-suara berbau longkang yang mempertikaikan bakat Darling sia ni. Nah kepada mulut-mulut yang tiada insurance tu! Amacam? Apa ko rasa? Oren? Tapi…. Ko sudah kasi kalah sia o kannn honey! Wakakakak!!! Indapa nanti sia kasi kalah ko balik tapi bukan menyanyi.. yang lain sia kasi kalah ko! Hehehe!...

Lepas habis sugandoi, Kami artis KADUS dijemput buat konsert kaamatan anjuran Kadus Entertaiment pada 30hb Mei lepas di KDCA sana pentas luar. Happening jugalah time tu! Lepas tu bisuknya, sia, Joy and Evaristus kena panggil nyanyi time selingan Unduk Ngadau di KDCA yang 31hb Mei tu. Siapa-siapa yang ada dalam dewan time tu adalah kamurang nampak kami kan! Mungkin boring sdh penonton sama DFM coz macam 3, 4 tahun sudah berturut-turut DFM nyanyi di KDCA untuk final Unduk Ngadau. Muak!! Sudah mangkali kamurang kan! Wakakakak! Ba… tahun depan sia rest.. la… kasi chance penyanyi kadus yang lain. Tapi kalau sia kana bayar RM2000 sia mau jugalah! Wakakakak!!! Duit baitu! Hahahah! Tapi sebenarnya… haram!!! Hahaha! Well sebagai kesimpulannya… Kaamatan tahun ini untuk saya sendiri memang luar biasa dan tidak akan saya lupakan sampai bila-bila…!!

Ini adalah senarai finalis dan keputusan Sugandoi Peringkat Negeri 2009:
1. Georgia Joy Binsol ( Papar ) – Juara
2. Rosmiah Amat ( Sandakan ) – Kedua
3. Sanisah Majilin ( Sook ) – Ketiga
4. Effarina Jaluman ( Tg. Aru )
5. Danny F. Malinggi ( Tamparuli )
6. Agusta Marcus ( Tuaran)
7. Fairot Sinang ( Matunggung )
8. Kenny David Yuntala ( Penampang )
9. Mohd Rifanzie Rujie ( Api-Api )
10. Norbert Andillah ( Likas )
Sumber: dari internetlah!! hahaha!

DFM Bilang:
Kalau tinguk dari kedudukan di atas, maybe sia dapat no. 5 laitu kan! hahaha! kalau betullah kedudukan dari no 1. sampai no.10 seperti yang tertera di atas.. aduii sikit lagi sia dapat no.3 ba! isk! isk!.. napalah sia sakit time tu aaa?? apa boleh buat! sdh suratan takdir!! terima jalah! hehe....

No comments: