Saturday, November 8, 2008

PENCALONAN ANUGERAH PERTISA 2008


Untuk makluman semua, nama saya telah dicalonkan oleh Kadus Entertainment di dalam beberapa kategori untuk Anugerah PERTISA 2008 seperti yang ditunjukkan di keratan Sabah Times di atas. Walau pun saya rasa belum cukup popular untuk dipertandingkan di dalam kategori tersebut (sebab bukan juga popular ba sia ni!! Hahaha!) but I would like to say thank you so much to Mark@Kadus and Gogds and also all members from Kadus Entertainment yang memberi kepercayaan kepada saya sehingga sudi mencalonkan nama saya untuk dipertandingkan di dalam Anugerah Pertisa. Saya rasa sungguh terharu dan amat berterima kasih. (at least deep in my heart I know that, ada juga yang masih sokong sia dalam bidang nyanyian ni! Thank u so much guys!!) Sebenarnya, apa yang saya tahu, walaupun nama saya telah dicalonkan, ianya masih lagi akan melalui tapisan. Maknanya there will be shortlisted candidates for every category, I assume there will be top 5 for every category, well usually macam tu la kan mana-mana majlis anugerah dijalankan. Tapi itu hanyalah andaian saya sahaja. Just wait and see la how it goes!...well apa-apa pun… kalau nama sia tersangkut dlm senarai shorlisted sekurang-kurangnya 1 kategori pun sdh cukup bagi saya. Untuk meramalkan siapa akan menang, well itu masih terlalu jauh untuk diperkatakan, sesiapa pun pasti mahu menang, tetapi kalau terpilih jadi finalis pun sdh satu kemenangan baitu!! Kalau menang tu bonuslah. Kalau ada rezeki, syukur pada Tuhan, kalau tiada kita cuba lagi tahun depan.
Kategori yang telah dicalonkan adalah:

A. Artis Paling Popular
B. Penyanyi Lelaki Paling Popular
F. Lagu Paling Popular

DFM Bilang:
Sia mo KEMPEN sikitlah dulu! Hehe! Kepada semua peminat-peminat saya diluar sana, jangan lupa sokonglah dan undilah saya untuk semua kategori yang ada nama sia! Hahaha! saya dengar undian adalah melalui keratan akhbar Sabah Times. Jadi undi ya, jangan tak undi!!!! Hahaha! and tidak lupa juga, credits to dbos-fm for the image from Sabah Times.

No comments: