Thursday, February 4, 2010

IKA NOH SONGULUN

Hi everybody! Sorry lama inda update!
Well, i just want to give some updates on what’s happening at the moment! Kepada sesiapa yang ada dgr siaran radio Suriafm by DJ Othoe, maybe kamurang sudah pernah dengar lagu duet kami yang berjudul "Ika Noh Songulun".

Ini adalah lagu duet rakaman sia yang pertama dan lagu duet ini, sia berduet dengan tunang sia Georgia Joy C. Binsol (Johan Sugandoi Peringkat Negeri Sabah 2009) "Ika Noh Songulun" adalah lagu ciptaan sia sendiri dan ditulis dalam bahasa Dusun. It's a ballad/pop song. Mula-mula tu memang susah juga untuk kami menyanyikan lagu ini kerana perbezaan key atau range suara yang terlalu ketara di antara kami berdua. Tetapi setelah beberapa kali membuat penyesuaian key lagu, akhirnya kami berjaya mendapatkan key lagu yang telah memberikan keselesaan kepada kami berdua untuk menyampaikan lagu tersebut.

Kami berharap, semua peminat di luar sana dapat menerima lagu ini dan enjoy mendengar lagu kami "Ika Noh Songulun". Ini adalah percubaan lagu duet sia yang pertama dan ini adalah percubaan yang pertama bagi Georgia Joy dalam bidang rakaman suara selepas memenangi gelaran Johan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2009. Kami sebenarnya masih dalam perancangan untuk merakamkan satu lagi lagu baru dalam masa yang terdekat ini. Tetapi lagu baru ini adalah lagu khas ciptaan sia untuk tunang sia Georgia Joy sebagai lagu solo beliau yang pertama dan sebagai single Georgia Joy yang pertama. Bila masa ianya akan dikeluarkan, belum lagi ada kepastian, tetapi jika tiada aral melintang mudah-mudahan sebelum bulan Mei nanti. Actually sia sendiri sedang mencari ilham untuk mencipta lagu baru untuk koupusan sia ni! so rasa nervous pun ada jugalah! Tapi prinsip sia dalam mencipta lagu adalah untuk buat yang terbaik!

Oklah!..buat masa ini, itu sahajalah yang sia dapat share sama kamurang! So sia harap lagu duet kami "Ika Noh Songulun" akan dapat menghiburkan anda semua!!

Terima kasih dengan sokongan kalian semua selama ini.

God Bless All of you!!

3 comments:

Anonymous said...

hi danny..siok bah lagu duet kamurang ni..tp mcm mana mahu dapat ni lagu ah..ada mp3 ka..ni lagu bukan dalam album danny kan..kasi advise la kio..pounsikou

tq,lynn

Danny F Malinggi said...

hi lynn!!ko sabar2 ja la k! nanti kalau ada rezeki kami akan kluarkan album EP kami yang akan memuatkan lagu2 duet dan single kami masing2! ya ini lagu memang tiada dlm album sia! lagu baru baini! hehe.. so sabar2 ja la k!!

Anonymous said...

kauuu jugalah DFM.....