Wednesday, March 4, 2009

ANUGERAH JUARA LAGU DUSUN SABAHVFM




(TAIP) JLD (JARAK) DFM (HANTAR KE) 32776

Ok, mungkin ada yang tahu dan ada yang belum tahu, so sia mahu mewar-warkanlah mengenai Pertandingan Akhir Juara Lagu Dusun 2008 anjuran SabahVFM RTM Sabah yang akan berlansung pada 14 Mac 2009 di Dewan Masyarakat Ranau bermula pada pukul 7.30 malam.

Sia juga adalah salah seorang finalis yang akan bertanding pada malam itu dengan mempertaruhkan lagu sia sendiri yang berjudul “Kada Oku Sindualai”.
Jadi, di sini sia ingin menjemput semua untuk sama-sama memeriahkan malam juara lagu tersebut dan kalau sudi janganlah lupa untuk mengundi sia untuk Anugerah Lagu Paling Popular melalui undian SMS. Cara-caranya ada ditunjukkan di atas. Setiap undian SMS dikenakan bayaran sebanyak 50 sen.

Dalam pertandingan itu nanti hadiah yang menjadi rebutan ialah:

1) Anugerah Juara Carta Lagu Dusun
2) Anugerah Lagu Paling Popular
3) Anugerah Vokal Terbaik
4) Anugerah Persembahan Terbaik

Bah, kalau kamurang suka lagu sia “Kada Oku Sindualai” jangan lupa undi sia kio!!


DFM Bilang:
Actually sia sendiri inda faham apa yang dimaksudkan dengan ungkapan "Jangan Biarkan Anda Ditinggalkan" hahaha! anyway! credits to sumandak@Davelynn kerana bersusah paya bikin tu banner! Ba, Undi jangan inda undi!

No comments: